Konsert Gema Sufi
MAKLUMAT TIKET & PERINGATAN PENTING
1. Kehadiran Kanak-Kanak
Demi menjaga keselesaan, ketertiban dan fokus sepanjang konsert, bayi serta kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan — tanpa pengecualian.
Sila rancang kehadiran dengan sewajarnya. Pihak penganjur berhak menolak kemasukan tanpa sebarang tuntutan pemulangan tiket.
2. Polisi Tiket
Semua pembelian tiket adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable).
Sila pilih pakej yang paling sesuai sebelum membuat pembayaran.
3. Masalah Pembayaran / Tiket
Sekiranya berlaku sebarang masalah selepas pembayaran, hubungi pasukan kami secepat mungkin untuk semakan dan bantuan lanjut.
4. Zon & Tempat Duduk
Tempat duduk adalah bebas (free seating) mengikut zon yang dipilih:
> Platinum / Gold / Silver
Tempat duduk tidak bernombor, dan siapa yang datang dahulu akan dapat tempat terbaik dalam zon masing-masing.
Kaunter Pendaftaran dibuka dari jam 5:00 petang hingga 8:00 malam.
Sila hadir awal untuk daftar masuk dan elakkan kesesakan.
5. Wakil Hadir Bagi Pihak Anda
Jika anda tidak dapat hadir, anda boleh mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihak anda.
Sila maklumkan kepada urus setia lebih awal agar proses pendaftaran berjalan lancar.